Monday, November 30, 2009

Lan Kristal hantar kad kahwin



Inilah kad undangan kahwin Lan dan Ain

Lan Kristal (Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan bakal isteri, Ain (Nur Sheila Hassim) dah menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media.

Majlis di rumah Ain akan diadakan pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur.Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi Lan memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media, apatah lagi wanita itu ialah pengurus kumpulan Kristal.

Mereka nampak serasi bersama dan saling memahami tugas masing-masing. Apabila Lan dikerumuni peminat, Ain membiarkan sahaja kerana tahu ia menjadi salah satu tugas bakal suami terhadap peminat.

*GA said: doakan agar rumah tangga mereka akan kekal berpanjangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails