Monday, November 30, 2009
Lan Kristal hantar kad kahwin
Inilah kad undangan kahwin Lan dan Ain
Lan Kristal (Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan bakal isteri, Ain (Nur Sheila Hassim) dah menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media.
Majlis di rumah Ain akan diadakan pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur.Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi Lan memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media, apatah lagi wanita itu ialah pengurus kumpulan Kristal.
Mereka nampak serasi bersama dan saling memahami tugas masing-masing. Apabila Lan dikerumuni peminat, Ain membiarkan sahaja kerana tahu ia menjadi salah satu tugas bakal suami terhadap peminat.
*GA said: doakan agar rumah tangga mereka akan kekal berpanjangan.
Inilah tunang Umie Aida
Inilah wajah terbaru tunang kepada pelakon popular Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Semasa bertunang, Khairuddin tidak muncul sebaliknya menghantar wakil keluarganya sahaja.
Khairudin, ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn. Bhd. muncul mengadakan sidang media di Shah Alam semalam.
Ia berkaitan kemungkinan mengenakan tindakan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor semalam.
Agaknya bila mereka akan berkahwin? Tunggulah mungkin dalam masa terdekat mereka akan mengumumkannya.
Ya lah tahun 2009 dah nak berakhir, Umie pasti sudah membilang hari menanti waktu yang sesuai untuk disatukan menjadi isteri.
*GA said: korang rase sesuai ke dia kahwin ngan Umie?? Coment jgn x coment..
Sunday, November 29, 2009
Artis malaysia yg sama dengan artis luar negara
*GA said: ape pndpt korng?? same ke x?? atau wat2 same.. ahahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)